saya takut doktor, misi..

Tuesday, January 10, 2012
assalamualaikum...
selamat bertemu kembali hehe punya la bapak-lama-gila tak update. takde la bz mana pun. takde idea nak mengarang je. plus keadaan diri yang tak berapa sihat dan stabil. sekarang dah rasa sihat.. macam mana tak sihat.. 5 hari duduk dalam hospital gara-gara darah tinggi. sob.. sob.. 
alhamdulillah.. minggu ni dah nak masuk minggu ke-16 mengandung hehe dah masuk second trimester. tiada lagi rasa mual, nak muntah, takde selera nak makan. masa first trimester hari tu, memang tak larat gile. asyik demam.. batuk. asyik mc je. asyik el je. apa pun tak boleh!sekarang dah boleh makan tapi kena control. maklumla.. ada darah tinggi. tapi sebenarnya.. aku tak rasa aku ada darah tinggi. kalau ada pun mungkin sikit je (ada ke istilah darah tinggi sikit? haha) macam mana tak tinggi. tiap kali pergi kk (klinik kesihatan) hati berdebar.. tengok orang lalu lalang, panas pulak, dengan baby2 menangis, tiba-tiba pening. bila cek sendiri kat rumah.. ok je bacaan tu. cantik je. adoi.. macam mana nak buat ntah. darah gemuruh kot. takkan tiap kali pergi cek, kene masuk hospital kot. takmo! takmo!
ok lah. nanti sambung cerita lagi. tiba-tiba rasa mengantuk pulak hehe

suka makan..

Monday, September 26, 2011
assalamualaikum...
hari ni cakap pasal makan lagi. akhirnya dapat jugak makan laksa lemak sepuas-puasnya! boleh tambah suka-suka hati. makan bila-bila masa je haha dari minggu lepas teringin nak makan. taknak laksam. nak laksa jugak! cari dekat pasar borong.. tak jumpa laksa gandum. pakai laksa yang biasa je la. tapi bukan yang macam getah tu.. kenyal semacam je. kalau kat pasar kuantan.. senang je nak dapat laksa gandum tu. laksa tu sedap sikit.. pejal gitu hehe

itu nasi beriani yang telah dimasak oleh kami berdua. ok lah.. lapar laksa dah.. nak makan!

Nyonya Valley Restaurant, Cyberjaya

Thursday, September 22, 2011
assalamualaikum...
update yang ringkas dan cepat hehe hari ni semua pergi lunch dekat restoran yang agak baru buka. dekat je dengan office. jalan kaki je.. disebabkan semua orang ada duit gaji lagi, hari ni makan yang ala-ala mahal sikit la. nak kata mahal.. sebenarnya standard macam oldtown jugak. tengok gambar jom..!







menu semua sedap-sedap belaka. tak rugi. portion banyak.. kenyang sampai malam! (tipu la tu.. baru tadi melantak nasi! hehe) ok.. ok.. tukar.. kenyang sampai lebam! :D

T_T

Monday, August 22, 2011
assalamualaikum...
pagi ni bermula dengan best! tapi masuk petang jadi tak best sangat dah. kerja takde so pukul 1 dah cabut balik. tapi tak terus balik. singgah kedai untuk servis kereta. time raya macam ni la kena servis kan? ok.. itu takpe lagi. masih boleh tersenyum (padahal dalam kepala dah penuh dengan nombor, tambah, tolak, bahagi, darab. rasanya boleh belanja untuk raya lagi ni..) lepas tu disuruh tukar tayar depan 2 biji. aku dah maklum tentang tayar depan tu. tapi ingatkan boleh tahan lagi.. sekurang-kurangnya selepas raya. sekali.. tayar dah ada tanda merekah daaaaaaaa.. nak taknak kena tukar jugak la kan? (kali ni semua bayangan nombor makin ligat berpusing dalam kepala otak!) nampak gaya.. raya tahun ni terpaksa berharap pada suami (sorry b. nak mintak baju kurung sepasang. se jeeeeee.. hehe) dugaan.. dugaan.. takper la. kereta punya pasal kan. kalau takde kereta macam mana nak pergi kerja? macam mana nak jumpa suami? (motivate diri sendiri)

wahai hati..

Sunday, August 21, 2011
assalamualaikum...
dah berbuka ke semua? aku pun dah. hari ni masak kurma ayam dengan sayur kobis goreng. tengah hari sampai petang buat kukis ke-4, blueberry jam cookies :) alhamdulillah.. dah siap pun semua kukis. dah simpan dalam bekas tutup merah hehe
sebenarnya.. entri ni nak meluahkan rasa sedih yang terbuku di hati. duduk rumah sorang-sorang, takde tempat nak mengadu, berborak, kongsi masalah semua. berbuka sorang,  bersahur pun sorang. hebat betul penangan pjj ni. kalau tak kuat.. kena kuatkan hati jugak. kena paksa diri. nanti semua kerja tak jadi. tabik pada pasangan pjj yang lain. kita semua hebat! sedih dalam hati.. Allah je yang tahu. cemburu tengok orang lain. cemburu gila! tapi apakan daya.. hidup perlu diteruskan. tenangkan jiwa.. tabahkan hati. doa hari-hari. insyaAllah.. moga bulan ramadhan yang mulia ni.. Allah akan makbulkan doa kami berdua. Amin..!!!
(rindu pada suami. rasa mahu nangis..)

gigihnya..!

Thursday, August 18, 2011
assalamualaikum...
untuk malam ketiga.. buat kukis lain pulak. coklat chip! rasa macam chipsmore kat kedai (puji diri sendiri hehe)
coklat chip tak nampak sangat sebab guna cip yang kecil. cip besar sikit tak jumpa pulak. kukis aku semua bentuk senang-senang je. bukan apa.. malas nak beli acuan tekap tu. dah habis raya tak guna dah. campak merata je nanti hehe ahad ni sambung lagi buat kukis lain. macam nak ada bentuk cantik sikit. tengok la kalau rajin pergi giant beli acuan satu, dua hehe
ini puding roti. nak menghabiskan stok roti gardenia yang dah nak expired. bagi sikit kat officemate.. ada yang boleh share.. kita share ye tak? hehe

kukis II

Tuesday, August 16, 2011
assalamualaikum...
malam ni sambung lagi buat kukis raya. kali ni antara yang tengah top ialah biskut german. kenapa nama dia german? ntah.. arab ada.. denmark ada.. kali ni german pulak. pasni nama apa pulak yang keluar hehe dapat ngam-ngam 60 biji. masuk mulut 2 biji tinggal 58 hehe sikit je dapat. patutnya buat kecil. tatau pulak dia mengembang sikit. esok sambung buat lagi sebab butter dah habis :D